KAJIAN LEPAS
Mengikut kajian lepas daripada Mahasiswa Diploma Kejuruteraan Awam, UTM Kuala Lumpur , iaitu Liyana Binti Mohamad dan Azyyatie Ayunaziha Binti Yusoff telah menyatakan bahawa sukarelawan , membantu tanpa mengharapkan pulangan. Dalam kajian berkenaan , semangat sukarelawan perlu disemai kepada semua lapisan masyarakat agar dapat melahirkan masyarakat yang prihatin, berwaspada dan bertanggungjawab. Lantaran itu, program sukarelawan perlu diperbanyakkan lagi agar negara menjadi lebih harmoni dan terbilang.
Kajian Nur Raidah Binti Abdul Razak juga menyatakan rrganisasi bukan keuntungan diwakili oleh para sukarelawan yang memberikan khidmat secara tidak berbayar. Selain itu, mereka mempunyai keutamaan terhadap kerjaya
berbayar mereka. Namun, kurang kajian yang dijalankan mengenai faktor yang memastikan kelangsungan aktiviti sukarela dan komitmen sukarelawan. Berdasarkan kajian daripada Siti Nathrah binti Che Fazilah pula , terdapat enam (6) faktor motivasi sukarelawan yang dinyatakan dalam Volunteer Function Inventory (VFI) iaitu nilai, pemahaman, perlindungan, kerjaya, sosial dan juga peningkatan. Kajian Norehan Binti Abdul Rahman , kaedah-kaedah i\ni meliputi khidmat nasihat, bimbingan, kaunseling, motivasi, gotong royong, kerja berkumpulan, penggunaan pelbagai kemahiran, aneka terapi dan proses pemulihan, penggunaan teknologi dan sebagainya.
Comments
Post a Comment