KESIMPULAN
Secara kesimpulannya dapat dirumuskan bahawa pembudayaan kesukarelawanan dalam kalangan ahli komuniti adalah amat penting memandangkan sukarelawan merupakan agen dinamik bagi mencetus transformasi sosial dalam komuniti serta mewujudkan perubahan positif dalam pembangunan sesebuah negara. Oleh yang demikian, disarankan agar agensi kerajaan untuk membentuk proforma atau dasar kerajaan yang memberi fokus terhadap elemen kesukarelawanan bagi menggalakkan ahli komuniti untuk terlibat dengan “corporate volunteering” serta tidak hanya berfokus kepada dunia perniagaan yang tertumpu kepada keuntungan sahaja.
KONSEP KELUARGA MALAYSIA
SEMPENA HARI MALAYSIA
Organisasi/persatuan sukarela seharusnya bersifat neutral daripada pengaruh politik serta mempunyai ideologi yang kukuh bagi memenuhi keperluan masyarakat sejagat. Memandangkan konsep kesukarelawanan merupakan suatu nilai universal dan mekanisme penting bagi membina masyarakat yang penyayang, prihatin dan bertanggungjawab maka adalah digalakkan agar ibu bapa, pihak sekolah dan guru-guru agar mendorong penglibatan golongan muda dalam kerja-kerja sukarela bermula daripada bangku persekolahan lagi.
Comments
Post a Comment